Home

Ismail Abdullah is a Malaysian artist and academician based in Kuala Lumpur, Malaysia

About

An artist-cum-painter, photographer, and poet-writer, Ismail Abdullah is also a member of Anak Alam, KUMPUTER, PENA, PELITA, Penang Watercolour Society and the Malaysia Artists’ Association. He studied Fine Arts at USM, Fine Art Photography at Rochester Institute of Technology, New York and Art History at Goldsmiths College, University of London. He reads poetry and has had several art and photography exhibitions, both locally and regionally.

Ismail Abdullah taught fine arts and photography at the School of Humanities (1983-1999) and the School of Art (2999-2004) at USM. Between 2005 and 2017 he helped to develop art, multimedia and promotional projects and to support product design programs at UniMAP (Perlis, Malaysia). At present he is a full time writer-artist.

Profil Artis

Dr. Ismail bin Abdullah merupakan pelukis-fotografer-penyair menekankan aspek puitik, semiotik, signal dan visual.

Pendidikan dan kerjaya

Dia dilahirkan di Kuala Terengganu dan berhijrah ke SemerahBatu Pahat kerana bapanya berniaga pakaian.

Bersekolah di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Luar.Ismail pernah menyertai Pertandingan Poster Hari Kesihatan Sedunia Daerah Batu Pahat. Kemudian pada 1966-1967, menuntut di Maktab Perguruan BahasaKuala Lumpur. Tahun 1973 belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang seni halus dan sastera sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera.

Dia menjadi guru di Kuala Terengganu (1968-1972). Kemudian bertugas di Maktab Perguruan Kota BharuKelantan sebagai pensyarah seni. Kemudian sambung belajar peringkat Sarjana Seni Halus (M.F.A.) di Rochester Institute of Technology, RochesterNew YorkAmerika Syarikat, jurusan fotografi seni halus.

1983 , bertugas di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Pusat Seni di USM (1983-1989).Beliua juga menjadi Penyelaras Rancangan Sijil Seni Kreatif (1985-1989) dan Pengerusi Rancangan Ko-Kurikulum Kebudayaan (1987 – 1989). Antara tahun 1985-1987 dan 1994-1995 pula, beliau telah menjadi Pengerusi Bahagian Seni Halus. Pada 1989, sambung belajar peringkat Ph.D di London di University of London, iaitu di Department of Cultural and Historical Studies, Goldsmiths College, London (1985).Kemudian menjadi Pengarah Pusat Seni, USM (1995-1999) dan Dekan Pusat Pengajian Seni (1999-).

Dia adalah Ahli Lembaga Amanah, Balai Seni Lukis NegaraKuala Lumpur.

Penulisan

Beliau menulis tentang catan, teori dan falsafah seni, puisi dan penulisan kreatif serta komunikasi.Puisi kreatif yang dihasilkan mempunyai elemen visual, komunikasi dan intelektual. Puisi begini penuh dengan “bunyi”, “kata” dan “tanda” yang “abstrak”, “metaforikal,” “simbolik” dan “arbitrari”. Dia juga memasukkan elemen visual, grafik dan kata perbandingan (metafora) serta “koda”.

Ismail juga aktif dalam bidang seni lukis, fotografi dan teater seperti Kumpulan Anak AlamKuala Lumpur. Beliau turut aktif dalam Perkumpulan Teater Terengganu (KOMPUTER) dan Persatuan Penulis Terengganu(PELITA) (1970-an).

Anugerah

  1. Anugerah Set Kreatif Terbaik (1977)
  2. Anugerah Pereka Set Terbaik (1978)
  3. Anugerah Khas Pereka Set (1979). Anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia (KKBS).

Beliau menang dalam Pertandingan Seni Lukis Terbuka Malaysia (1975) dan Fotografi Nasional Malaysia (1976) anjuran Balai Seni Lukis Negara dan KKBS Malaysia.

Contact

For any enquiries please contact ism.abdullah2000@gmail.com